Mar 29, 2012

Tips Kawal Kemarahan.....

Assalammualaikum....

Salam pagi khamis semua....pagi ni nak kongsikan sedikit tips yg di kirim oleh kawan aku melalui email. Tips yg sangat berguna utk kita semua....

Tips kawal kemarahan (seperti yang diajarkan oleh nabi SAW) ;


1- Kalau anda sedang berdiri, duduklah.
2- Kalau anda sedang duduk, baringlah.

**Ingat kisah ini sebelum anda marah/memaki hamun orang lain.

Abu hurairah dan Said al Magburi meriwayatkan ; “ Ada seorang lelaki memarahi Sayyidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah saw duduk di sebelahnya. Nabi diam sahaja, begitu juga Abu Bakar.
Selapas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata; “Ya Rasulullah, dia memaki hamun saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi.”

Rasulullah lantas menjawab ; “Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan.” Rasulullah kemudian bersabda lagi; “Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredhaan Allah.”

Abu Said al Khurdi pula berkata : Rasulullah ada bersabda : “Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam. Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring.”

Abu Hurairah al Bahlili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda : “Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat.”

Mar 23, 2012

Cinta Pada ALLAH......

Assalammualaikum....

Salam pagi jumaat...penghulu segala hari. Semoga hari anda lebih bermakna di hari yg mulia ini. Ok...pagi ni aku nak kongsikan sedikit tazkirah untuk renungan kita bersama....semoga kita semua mendapat cinta yg hakiki.....

Apa makna cinta pada Allah? Apa dia? Ia adalah perasaan apabila kita melakukan sesuatu untuk mendapat keredhaanNya, untuk mendapat perhatian Allah, untuk mendapat cintaNya juga untuk mendapat rahmatNya supaya hidup kita berkat sentiasa. Orang yang cinta pada Allah biasanya sanggup melakukan sesuatu secara percuma simply sebab dia mahu perbuatannya itu mendapat perhatian Allah.

Orang sebegini berkasih sayang kerana Allah, mencintai kekasih hatinya kerana Allah, bekerja kerana Allah, menolong orang kerana Allah, bersahabat kerana Allah, menggembirakan seseorang kerana Allah, berbakti kepada ibu bapa kerana Allah, belajar kerana Allah, berniaga kerana Allah.

Dia tidak melakukan semua itu kerana duit tapi untuk berbakti. Dia berbakti pada orang sekeliling supaya Allah kasih kepadanya. Dia menjaga hubungannya dengan Allah melalui yang fardhu, dia menjaga hubungannya dengan orang sekeliling melalui berbuat kebaikan selalu. Dia adalah seorang yang baik di hati, di perbuatan, di dalam kata-kata dan di dalam fikirannya.

Cinta pada Allah tidak hanya dengan duduk di dalam masjid, banyak membaca Al-Quran, berzikir, berpuasa, menunaikan umrah, beriktikaf atau bersembahyang sunat. Semua itu hanya luaran. Allah hanya akan memandang HATI KITA.

Ini samalah seperti mahu mendapat perhatian orang yang dicintai. Apabila hati sudah suka pada seseorang, pasti dan sanggup berhabis untuk mendapat perhatiannya, kan? Beli hadiah, berkirim salam, mengutus surat cinta, meng’add’ dia di Facebook , bertanya pada ID Twitter dia, bertanya apa nombor telefon dia supaya boleh hantar sms padanya untuk menyatakan rasa cinta padanya.

Untuk apa kita solat selain dari menunaikan suruhanNya? Untuk apa kita bersolat selain dari menunaikan kewajipan? Jawapannya, bersembahyanglah kerana kita mahu menambah rasa ketakwaan pada Allah, supaya Allah sayang kita, supaya kita menonjol di kalangan hamba-hambaNya yang lain. Rasa takwa adalah rasa apabila kita mahu melakukan sesuatu kerana mahu mendapat perhatian Allah, bila sudah buat, kita rasa cukup puas hati.

Bila kita tolong orang dengan niat mahu menambah rasa takwa, kesannya kita akan menolong sehabis baik didorong oleh fikiran positif sebab mahu melihat orang yang kita tolong itu jadi gembira menjalani kehidupannya. Kita berharap moga dengan kegembiraan yang orang tu perolehi, Allah melihat apa yang kita lakukan lantas melihat kita sebagai seorang yang layak untuk mendapat kasih sayangnya.

Apa petanda kasih sayang Allah? Rezeki kita dimurahkan, hidup kita dibahagiakan, urusan kita dipermudahkan, masalah kita dikurangkan, pergaulan anda diperluaskan. Semuanya jadi lancar sahaja.